Selasa, 13 November 2012

Trip to Tokyo (Part 4) - Akihabara

DAY 4

1 Nov 2012 - Akihabara

Kat Shibuya Station punya signboard map. Jangan sampai tersilap naik train.. Kalu tersilap pandai2 la balik semula..

Untuk hari ke-4 tempat pertama Aku gi ialah Yasukuni Shrine. Ianya dibina khusus untuk askar-askar dan pejuang yang gugur ketika berjuang. 




Hingga ke hari ini, Symbolic Registry of Divinities telah menyenaraikan nama pejuang lebih 2,466,000 orang lelaki dan wanita yang berkhidmat dengan empayar Jepun, terutamanya mangsa-mangsa perang.

Disini juga menempatkan Muzium Perang Jepun yang khusus kepada Perang Dunia II. Kalu setakat jalan2 kat ruangan pameran luar tu free je. Tapi dah alang2 sampai Aku masuk dalam la.. Tiket masuk Y800




Sebelum balik sempat la singgah ke Akihabara yang terkenal dengan pusat jualan barangan elektronik dan replika kartun. Kat sini Aku just beli sovernir je kat Akky One International Duty Free. Mahal siot barang2 kat sini tapi puashati sebab kualiti SUPERB!



Isnin, 12 November 2012

Trip to Tokyo (Part 3) - Tokyo Disneyland

DAY 3

31 Okt 12 - Tokyo Disneyland


Hari yang memang dinanti2.. Sehari-harian dari pagi sampai ke malam menghabiskan masa di Tokyo Disneyland nih.. Macam2 makhluk jumpa kat dalam tu. Penuh dengan keriangan!

Meguro-ku tempat kitorang menginap sepanjang berada di Tokyo

Fujukuji Mae bus stop tempat Kitorang tunggu bas No 31 ke Shibuya Station atau bas No 9 ke Meguro Station untuk dapatkan train ke destinasi yang dituju..



Bergambar di hadapan Mahima Station (Cxpoint ke Tokyo Disneyland)

Sape kata orang2 Jepun pendek..? Korang tengok.. Aku rupanya yang tak berapa tinggi!

Di pintu gerbang Tokyo Disneyland..


Ni tengah queue kat Kaunter untuk beli entrance ticket berharga Y6,200. Tempat ni dibuka seawal 0900 hingga 2200 setiap hari.



Kebetulan masa kitorang masuk Tokyo Disneyland ni adalah penutup Halloween. So semua pengunjung (majoriti orang2 Jepun sendiri) digalakkan berpakaian costume. So berbagai2 makhluk la jumpa kat dalam tu..







Masuk Tokyo Disneyland ni jangan lupa ambil pamplet berkenaan aturcara harian sebab banyak parade dibuat sampai ke malam. Kemuncaknya ialah firework!


Trip to Tokyo (Part 2) - Harajuku

DAY 2 

30 Okt 12 - Harajuku

Dari Shibuya Station kami menaiki train 'Yamanote Line' ke Harajuku. Hari ni adalah hari mengenal laluan train dan segala train2 yang ada di Tokyo. Yang penting setiap orang kena ada Kad HIJAU (Suica Card) dan kena topup untuk digunakan sepanjang penggunaan train. 1st day sampai kat Shibuya Station terus semua topup Y2000.


Sepanjang observation Aku la.. 3 perkara je yang orang2 Jepun buat dalam train ni samada membaca atau belek HP atau tidur...

1st interasting place yang Aku pergi ialah Meiji Jinggu yang dibina sekitar tahun 1920. Dikelilingi taman yang terpelihara kebersihan dan keindahannya.

2nd place kat Harajuku is Yoyogi Park. This spacious park has a central square with a beautiful lawn, fountains and birds sanctuaries.


Sempat juga singgah cuci mata di Takeshita Dori. Tempat ni dikenali sebagai pusat fesyen Jepun. Sepanjang jalan tu Aku tgk macam2 fesyen ada..

Ni pusat jualan elektronik. Memang gila punya bagai2 gajet dan teknologi boleh jumpa disini...




Sabtu, 10 November 2012

Trip to Tokyo (Part I) - Haneda International Airport

Trip Aku ke Tokyo kali ni seminggu je (29 Okt 2012 hingga 4 Nov 2012). Alhamdulillah semua yang dirancang menjadi kenyataan.. Hanya tiket promosi dari http://www.airasia.com/my/en/home.page berharga RM970 (penerbangan dua hala pergi/balik) Aku sampai menjejak negara matahari terbit ni..


Sebelum2 ni Aku travel kalu tak berdua, mungkin bertiga la.. Tapi kali ni ramai yang follow. So faham-faham la bila dah ramai kepala macam2 ragam la jadinya... Apapun tetap enjoy punya!

Gambar saat2 keriangan di R&R ketika menuju ke Station 5, Mount Fuji

Cuma nak cerita trip kali ni agak mencabar sikit la start dari apply visa lagi dah macam2 perkara nak kena prepare. Ni dokumen yang diperlukan untuk apply visa kalu korang nak tau:

1. Passport Antarabangsa.

2. Satu (1) keping gambar berukuran 4.5cm x 4.5cm berlatarbelakang putih.

3. Surat pengesahan majikan dengan “letterhead” syarikat menyatakan tentang jawatan serta jangkamasa perkhidmatan.

   a. Sekiranya bekerja sendiri/memiliki syarikat sendiri, perlu disertakan salinan sijil 
   pendaftaran syarikat.

   b. Sekiranya tidak berkerja, perlu disertakan surat pengesahan sendiri menyatakan tentang 
   nama, hubungan dengan sesiapa yang turut serta dalam rombongan serta segala 
   perbelanjaan ke Jepun atas tanggungan siapa.

4. Penyata simpanan bank yang disahkan oleh pihak bank samada akaun semasa/deposit tetap/Tabung Haji/Amanah Saham Berhad (RM10,000).

5. Salinan sijil nikah (isteri dan suami) dan juga salinan sijil kelahiran (anak).

Senang cerita korang boleh cx sendiri la kat website ni: http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html untuk reference kot2 korang nak ke sana gak suatu hari nanti. Apply visa tak perlu bayaran cuma remeh sgt2 la nak prepare segala dokumen yang diminta tu..


DAY 1

29 Okt 12 - LCCT - Haneda International Airport (Tokyo)

Ketika sampai di Haneda International Airport (Tokyo)


Menuntut ilmu membaca peta 'laluan train' sekitar Tokyo

Ikuti hari2 berikutnya perjalanan Aku di sekitar Tokyo dalam blog http://terokadunia.blogspot.com/...

Ahad, 28 Oktober 2012

SkyTrex Adventure at Bukit Cahaya Sri Alam, Selangor

When the Fun in the Forest Never ends...!


Actually on 20 Okt 12 ada football match Final Malaysia Cup ATM vs KELANTAN at Stadium Shah Alam. So the nite before masa Aku suka2 surf internet camna ntah tiba2 terjumpa website SkyTrex ni; http://www.skytrex-adventure.com/index.php. So i booked the 1130H slot. Seawal jam 0930 Aku drive sorang2 ke Taman Bukit Cahaya Sri Alam, in Shah Alam (where Skytrex is located). By the time sampai kat Skytrex admin counter, it was already almost 1100H… Sebabnya Aku terpusing2 mencari lokasi tempat tu..


Kat kaunter tu, I got to signing the disclaimer forms, then boarded a rickety old bus which then drove us over to the Skytrex reception.



Here i was given a brief briefing. The gist of it:
1. Lockers are rented out for a refundable deposit of RM5 
2. Gloves are recommended – new (RM3)
3. Advised to go to the bathroom as it’s likely to be a 2 – 3 hour trek up on the trees 


After renting a locker to keep my car key, backpack and mobile phones, I made my own way to the Gear-Up Deck untuk mendapatkan segala kelengkapan seperti harnesses. They were heavy rugged units, with multiple humongous carabiners…


The staff there assisted me into getting into our harnesses. Pilihan Aku adalah the Extreme Challenge la... (the toughest, highest, scariest). I was given an introduction at the training site. It is of the utmost importance to pay attention here as they’ll point out how to use the assorted carabiners and pulleys...


As soon as the training was done, Aku diarahkan untuk ke dek permulaan Extreme Challenge Trail. Kat situ Aku join je geng2 dari Cyber katanya.. Ni kira geng2 yg sukakan extreme la ni..


Untuk cabaran yang pertama bagi Extreme Challenge ni ialah kena memanjat pokok setinggi 14m. It doesn’t sound tough, but believe me, this was probably one of the most tiring segments of all!


Bila dah sampai ke checkpoint pertama tu bermula la berbagai-bagai aksi SkyTrex yang dimaksudkan. Start dengan fying-fox, canopy walk, tarzan dan bagai2..









After two hours, we finally made it back down to the starting point. Aku gi pun sorang2 so tak banyak sangat la gambar Aku. Tapi yang pastinya i really enjoy it..!


Finally, sebelah petang terus ke Stadium Shah Alam untuk final Piala Malaysia ATM vs KELANTAN... Cheers!