Khamis, 20 September 2012

Trip To Brunei Darussalam

First time jejak kaki ke Brunei somewhere on May 2011.. Sampai2 kat Jeti Serasa memang ramah la sangat. Tapi yang bikin Aku konpius bila dia tanya Aku: "Kenapa datang Brunei? Teda apa yang menarik di sini.." Huh.. Tapi takkan Aku nak patah balik kot.. Dah alang2 sampai tu teruskan je la perjalanan..



Atas: Sebelum berlepas di Jeti Pulau Labuan
Bawah: Ketika tiba di Brunei (Jeti Serasa)



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BRUNEI DARUSSALAM


Jerudong Park

Dengan variasi aktiviti dan lokasi menarik, tahap keselamatan yang tinggi, serta layanan mesra warga Brunei, percutian ke Brunei adalah satu lawatan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga. Taman Jerudong antara lokasi yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa.





Istana Nurul Iman

Istana Nurul Iman merupakan istana Kebawah Duli bersama kerabat diraja bersemayam yang terbesar di dunia. Terletak di atas bukit yang memperlihatkan permandangan ibu kota, istana ini juga menunjukkan pemerintahan beraja kerajaan Brunei.




Tamu Kianggeh




Kampung Ayer

Kampong Ayer terletak di ibu kota Bandar Seri Begawan di atas kawasan perairan Brunei. Kampung Ayer ini terdiri daripada perkampungan kecil yang di hubungkan bersama oleh 29,140 meter kaki jambatan, termasuk lebih dari 4200 struktur rumah, masjid, restoran, kedai, sekolah dan klinik.​




Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien merupakan salah satu masjid yang paling hebat di Asia Pasifik dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Dinamakan bersempena dengan nama Sultan yang ke-28, masjid, yang dipandang sebagai simbol agama Islam di Brunei, mendominasi pemandangan di ibu kota, Bandar Seri Begawan. Kubah emas masjid berdiri di 52m (171ft) tinggi dan dapat dilihat dari hampir mana-mana di bandar itu. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1958 dan merupakan salah satu contoh yang sangat menarik dalam senibina Islam, dengan mosaik kaca patri megah, serta banyak lengkungan, kubah dan tiang-tiang. Batu Marmar dari Itali, granit dari Shanghai dan chandelier dari Inggeris seluruhnya digunakan dalam pembinaan bangunan Brunei yang cantik berhias.




Muzium Alat-alat Kebesaran Di Raja

Muzium Alat-Alat Kebesaran di Raja, di mana pelawat-pelawat boleh melihat alat kebesaran diraja, termasuk mahkota dan kereta kuda diraja, bersama dengan satu koleksi luas khazanah mewah.​






Lain-lain




Duk harap bergambar depan hotel yang paling gah ni je la (The Brunei Hotel). Tapi yang sebenarnya duk menginap kat K.H. Soon Service & Resthouse (boleh rujuk kat website: http://khsoon-resthouse.tripod.com/). Mana maunya backpackers tido kat hotel mewah2...! Hahahaha...




Oleh kerana selain daripada melancong suka koleksi matawang asing so ini je la ole2 yang termampu dibeli. Lain2 barang..? Oh, tidak... Tersangat la mahal huhuhu... Jadi la sebagai kenangan.


  ________________________________________________________________________

Nota:

Secara peribadi, Aku rasa tak banyak sangat tempat menarik untuk dilawati disana.. Tambahan pula semuanya mahal.. So bajet gila-gila sepanjang berada di Brunei..

2 ulasan:

  1. Insyallah akan ke Brunei 2 minggu dari sekarang.. mmg tgh search tempat menarik di Bandar Seri Begawan.. Thanks for sharing this info :D

    Salam Kenal .. Ada masa sila lah ke blog saya :D http://timetravelafif.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. berapa kos penginapan & pengangkutan kat sana ek ?
    kata la dalam 3 hari macam tu~

    BalasPadam