Selasa, 16 Oktober 2012

Johor Attractions Part 1 (Ayer Hitam)

Selesai tugas di Kluang saja la ajak my staff divert ke Ayer Hitam... Sebab Aku pernah terbaca kat internet ada satu tempat 'Tropical Village' yang menempatkan semua replika/mini 7 Wonders in the world tuh... Korang tgk la camna Aku jelajah dunia dalam masa 1 hari hahaha..!
16 Oktober 2012 (Selasa) punya cerita..

Ni pintu masuk tempat yang dimaksudkan.. TROPICAL VILLAGE

Dalam tu banyak la replika/mini serata dunia.. Tapi Aku sempat bergambar setengah daripadanya je sebab nak berkejar masa nak balik KL. Ni pun kebetulan outstation ke Kluang tu yang singgah ke sini. Dah alang-alang org kata.. Sambil menyelam minum air la..

Statue of Liberty

China Great Wall

Tangga Singa, Sri Lanka

Hollywood pun ada hahaha...

Nah.. Eiffel Tower of Paris pun ada kat sini..

Easter Island...? 

Menara Condong, Pisa pun ada..

Taj Mahal la sgt...

Replika yang kat Mesir tu pun ada gak nih..



Kat pintu masuk tu ada la Mini Zoo dan kolam. Binatang hidup tak de la banyak sgt.. Binatang batu mmg bersepah2.. Kat kolam tu yg suka berdayung atau naik bot ada gak disediakan. Tempat ni Aku rasa ok gak la.. Cumanya macam kurang publisiti.. So banyak replika/mini kat situ yang mcm dah usang sebab tak buat mantainance la kot..


Org kata kalu kat Ayer Hitam ni kompom org akan singgah sini.. Segala jenis kerepek ada jual kat sini. Termasuk la cenderahati. Tapi Aku ni mmg buta hati bab2 shoping nih.. So Aku jamu biji mata je la.. Beli kerepek sekadar utk mulut dan tekak Aku je hahaha...


Ni Nasi Ayam Penyep (Aku spell ikut kedai tu punya spelling). Ingatkan order lain sampai lain.. Kira nak marah je la dah perut tgh lapar ni. Rupa2nya betul la tu.. Ni menu Aku makan masa kat R&R Pagoh. Belasah je la..

Sabtu, 13 Oktober 2012

KL Attractions Part 1


Next week kena outstation ke Selatan tanahair. So terpaksa la batalkan hasrat nak balik Pahang this week. Pasal weekend ni tak balik Aku plan pusing2 KL la ngan ex-staff Aku masa kat Labuan dulu yang sama2 posting KL nih. Plan nak gi naik KL Tower nak teropong area KL. Apakan daya cuaca tak mengizinkan.. Terpaksa tukar plan gi tgk wayang lak.. Ingat nak tgk citer 'Forces Speciales' cx kat internet release on 12 Oct 12. So hari ni dah 13 Oct 12 sepatutnya mesti dah ada. 


Tapi tgk2 tak de la plak. Hmm.. Nasib baik ada action movie yang lain sebagai alternative.. So Aku tgk movie 'Stolen' je la.. Not bad gak la movie tu. Movie psl pengorbanan seorg bapa demi menyelamatkan anaknya yang kena culik..


Kat Big Cinema Brem Mall

Habis tgk wayang macam awal lagi.. Hujan pun dah berhenti. Nak balik mess pun macam awal lagi. Hmm.. Terus lajak gi pusing2 KL ni melancong ditempat sendiri. Kira ok la 2 org ex-staff Aku ni sorg jadi drebar, sorg lagi kira bodyguard Aku la..

Ni la dia 'kaki pusing' sekali ngan Aku kali ni..


1. Parlimen


Tak masuk la sampai ke dalam bangunan tu.. Just bergambar berlatarbelakangkan bangunan Parlimen tu je..


2. Tugu Negara






3. Dataran Merdeka

Pergi kat Dataran Merdeka ni kebetulan macam2 aktiviti lak diorg buat.. Ada street dance la.. Ekspo barangan kesenian la.. Live band la.. Tu tak termasuk bangunan sekeliling yang menjadi tarikan..

Bazaar Seni

Salah satu pameran yang menarik minat Aku

Terjumpa lak menatang Upin & Ipin nih.. Tumpang gambar arr..

Bangunan DBKL

Bangunan Sultan Abdul Samad

Antara lanskap yang menarik di Dataran Merdeka

 

Principle of Life in Congo (MILOB)

Watch, look, see and learn from your surrounding faster and adjust yourself accordingly 



PRINCIPLE OF LIFE IN CONGO 

1. Jangan percaya pada orang kecuali diri sendiri 

2. Jangan mudah percaya kepada orang 

3. Jangan berbuat baik dan berbudi kepada orang melainkan setelah 6 bulan, itupun jika mereka itu dikenali rapat 

4. Jangan cuba tunjuk pandai/overshown 

5. Buat kerja setakat yang dikehendaki, jangan tunjuk terror! 

6. Hormati pada yang senior dan tua seadanya seperti sepatutnya, tapi bukan untuk dibuli oleh mereka 

7. Hak anda dan mereka adalah sama sahaja, kerana elaun yang diterima adalah sama sahaja, oleh itu semua kerja/tugas dipikul bersama, bukan seorang sahaja 

8. Jangan demand sesuatu kerana anda PEREMPUAN! No gender issue in MILOB world! 

9. Jangan rasa rendah diri/terpaksa just kerana anda paling JUNIOR! (Back to #6 and #7. Hormat tetapi tegas!) 

10. Buat tugas dengan penuh professional, tiada emosi, tiada minta simpati dan minta belas kasihan. It’s make you look damn stupid – Kalau tak mahu susah, balik MALAYSIA je… 

11. Jangan ikut orang lain just kerana mereka senior. Bukan semua tu betul. Berpegang pada sesuatu yang jelas dan nyata kebenarannya, yang logic diterima oleh akal yang waras. 

12. Berfikir secara matang dan rasional. 

13. Banyak bersabar dan bertolak ansur. You don’t stay here forever, so don’t involved unnecessary on stupid thing 

14. Jangan beri masalah kepada orang lain. They got no time nak layan karenah/cerewet orang lain terutama PEREMPUAN 

15. Berhati-hati dengan orang dari AFRIKA, they are not respect to woman 


LIFE DEPLOYED IN SECTOR 

1. Jangan cari masalah dengan Team Member 

2. Adjust yourself accordingly to environment 

3. Bersikap professional as trained military 

4. Barang makanan yang tak di share simpan dalam bilik. It’s personnel, so other’s Team Member don’t have a right to ask you except you offer them well 

5. Jangan buat seperti budaya MALAYSIA, sini what yours it’s your. Jangan terlalu berbudi bahasa/patuh hormat because they will look at you as a person that they can bully around 

6. No body has a right to order you to do their’s personnel administration cause they have to do it on their own 

7. You just take care of yourself, but its not a problem just to being concern to somebody else, but not too much 

8. ‘Esprit De Corp’ dalam team penting! Cuba compromise dalam team in order to get task given to your team well done 

9. Jangan beri duit/sedekah atau beri muka pada local people CONGOLESE. Mereka ni muka tak malu. Sekali anda beri, dia akan dating selalu minta duit 

10. Jangan beri pinjam duit pada sesiapa unless you trust this person very much 

11. Jangan simpan duit tunai ditangan terlalu banyak. The most is USD1000 only. Belanjan bulanan di team hanya USD300. Kalau tiada keperluan jangan ambil advance. Cuba ambil untuk MSA (Elaun) bulanan hanya 20% sahaja 

12. Kalau balik cuti, jangan terpaksakan diri untuk beli barang-barang kiriman orang. But its up to you. Kalau terdaya nak bawa, ambil! 

13. Jangan tensionkan diri sendiri unnecessarily 


ADDITIONAL INFORMATION

1. You will find some of my warning and caution are ridicules and look like not real. This is from my experience. Might be yours will be different and easy. Then its depend on your LUCK. But I’ve to tell you all this, so if anything happened to you, I’m already doing my part, and I’m not feel guilty to myself 

2. Please use your wise and matured mind accordingly. This mission is the material world, so caution yourself always. A part from that, take opportunity to learn and appreciated new thing happened to your life 

3. And as a part of life, of course there is a happy, sad, good and bad time! 

4· Penting: 

- Amalkan sebelum keluar, baca doa Nabi Yunus semasa dalam perut ikan Yu, InsyaALLAH menolak sebarang kemudharatan 

- Baca ayat surah Yaasin (No 9) agar musuh tidak nampak kita. Dibaca bersama 3 Qul (3 X setiap satu) dan 1 X ayat Qursi dan juga 1 X Al-Fatihah 

- Boleh juga untuk pagar rumah semasa di malam hari dengan selepas habis baca ayat di atas, hembus sekeliling empat penjuru rumah/bilik 

- Untuk tenangkan hati, baca ayat Yaasin no 76 dengan susuk jantung (dada kiri) dengan perlahan-lahan 

- When in Sector, always be in mind try to keep contact with the senior officer in KINSHASA, just to report your condition once a while. 

- Bila balik cuti (UN Leave/CTO), maklumkan juga kepada Malaysian Senior Officer. He has to maintain a report to DOR MINDEF monthly 


Rabu, 10 Oktober 2012

MILOB Preparation (UN Mission)

SENARAI KEPERLUAN YANG PENTING UNTUK DIBAWA BERSAMA
KE SEKTOR/TEAM SITE (MILITARY OBSERVER)


1. Uniform.

Road Patrol

Heli Mission

Crossing River Congo Patrol

UN Medal Parade

a.  Bawa 3 pasang Baju Celoreng (2 pasang untuk kegunaan harian-Road Patrol, Crossing River CONGO Patrol, Heli Mission etc manakala sepasang lagi standby untuk UN Medal Parade dan juga lawatan Sector Commander)

b.  3 X T-shirt inner loreng 

c. 1 X Belt 70 (Beret dan Topi issue tak perlu bawa kerana akan di issue oleh pihak UN semasa Induction Course/Documentation di IVECO, KINSHASA dan juga di Sector) 

d. Sepasang kasut dan ‘kiwi’ secukupnya. 

e. Semua lencana, enblem dan nama dijahit di baju terus. 


2. Pakaian awam


a. 1 X pakaian PT lengkap, kasut sukan. 






b. 3 X sepersalinan sudah mencukupi (Tapi ingat, cukup untuk cover yg sesuai untuk keluar bersantai dan normal party type). Contoh Party yang ada di KINDU (sepanjang saya bertugas di sana): 

Khamis = INDIAN Contingent Hindi Movie
Jumaat = SOUTH AFRICAN Continget Party
Sabtu = HQ Cafeteria Party/BOLIVIAN Contingent Party
Ahad = Sunday Night Movie (Cafe HQ KINDU)
(Termasuk Party pada hari2 yang tidak disebutkan di atas yang di anjurkan oleh MILOB, CIVPOL atau NGO) 

Fuh.. Cerahnya Aku dikalangan mereka.. Ahakss...!

MILOB Party

Uruguayan Party

Lepaking with geng-geng UNV

c. 1 X baju lengan panjang just in case cuaca sejuk. 


d. 1 X kasut jalan merangkap untuk semua acara.

e. Pakaian tidur ikut selera.

f. 2 pasang selipar.

g. ’Pakaian dalam’ ikut selera (Kalau boleh bawa juga ’disposable underware’)


3. Keperluan Peribadi

a. Toiletories secukupnya untuk setahun (Agak-agak la... Macam saya sebuku sabun mandi pakai 2 bulan, syampu sebotol besar tu 4 bulan). 

b. ’Pad’ (Tuala Wanita) budget untuk setahun.

c. Ubat-ubatan perlu di bawa secukupnya terutama panadol (bawa banyak), ubat lawas perut, ubat cirit birit, minyak angin, ’eye mo’ dan vitamin C yg solouble tu (bawa banyak). Yang lain terpulang pada apa biasa diguna. Masalah utama disini ialah malaria (pengalaman saya terlantar di BOLIVIAN Contingent selama 7 hari-5 botol air dan 8 injection) dan demam akibat keadaan cuaca, so be prepared. 

Penangan Malaria.. (Sakit siooottt....)

Lawatan dari Malaysian Senior Officer (Lt Col Toh) dari Kinshasa


d. 1 X Kelambu.

e. 6 X Stokin.

f. 1 X Ponco just in case.

g. 1 X Portable light rechargeable yang ringan dan mudah untuk dibawa (Pengalaman saya tinggal di Team Site yang tiada bekalan elektrik, hanya bergantung kepada generator yang kadang-kala meragam!). 

h. Lilin, ubat nyamuk, tabat (mosquito repellent) dan mancis secukupnya (bawa dalam kotak DHL) 

i. Untuk entertainment bawa CD, Walkman, kaset-kaset, buku cerita atau majalah kegemaran.

j. 1 X Digital Camera atau kamera biasa untuk kegunaan sendiri.

k. Kacamata hitam, cuaca panas dan silau.

l. Clear folder/ fail untuk simpan semua dokumen peribadi.

m. 1 X selimut (tapi kalau deploy ke sector akan diissue sleeping beg)

n. Pen drive/flash disc untuk simpan apa-apa maklumat.

o. Periuk nasi elektrik kecil utk keperluan sendiri (yang soket 2 pin sebab di sini semua French country system), atau worst come to worst mess tin dengan solid fuel (pengalaman saya di Team Site masak guna dapur arang, so kadang-kadang saya masak sendiri bubur nasi segera MALAYSIA dalam mess tin). 



4. Barang Makan

a. Masukkan barang-barang makan ke dalam kotak 100 kg.

b. Milo 3 in 1 tu atau coffee atau yang seumpama dengannya (ikut selera)

c. Maggie (Kalau suka makan)

d. Ration segera yang berlambak di pasaran, just in case tiada makanan yg boleh dimakan, boleh terus ambil dan buka untuk dimakan (Jangan beli dalam tin, beli yg dalam pek, senang bawa dan senang nak buka utk makan) 

e. Coklat, gula-gula atau apa-apa yang ringkas yang boleh dibawa sentiasa untuk kudap-kudapan mulut sendiri. Selain hilangkan stress ianya boleh berperanan sebagai penahan lapar masa-masa kecemasan. 

f. Minyak masak atau beras tak perlu bawa kerana di CONGO ni pun ada walaupun tak serupa (tumpukan untuk bawa barang-barang makan yang disukai untuk survival bila di Team Site. 

g. Kalau stay kat KINSHASA mungkin tak menjadi masalah sangat untuk makan sebab di sana ada Staff Officer dan Rumah MALAYSIA. Kalau deploy ke Sector macam saya akan tinggal dengan orang bukan MALAYSIA (pengalaman saya tinggal bersama team member (BENIN, RUSIA, MALI, KENYA, BURKINA FASO dan ROMANIA) maka perlu bawa barang makan segera ini dengan secukupnya in case tak boleh makan makanan yg sedia ada (pengalaman saya bersama mereka, makan makanan tempatan – ’FUFU’ dan SOMBE’. Mujurlah saya ni jenis yang tak memilih makan). 

Ber 'BBQ' bersama team member




5. MISC

a. Tali rafia atau yang seumpamanya bagi tujuan buat ampaian kain atau gantung kelambu.

b. Buku catitan atau diary untuk catatan apa jua pergerakan atau event. Ini membantu masa nak cx-out nanti dan juga prepared untuk buat report. 

c. Tukul besi dan paku sederhana panjang (Masukkan dalam kotak DHL).

d. Souvenir kecil dari MALAYSIA untuk tukar-tukar koleksi dari negara luar (kalau berminat)

e. Make sure ada AKAUN MAYBANK. Bawa buku simpanan ini dan make sure tahu alamat lengkap bank. Semasa cx-in diperlukan semua info ini untuk mereka transfer elaun ke dalam bank. Guna MAYBANK sebab ada maybank2u.com yang membolehkan buat transaksi online just in case. 

f. Kamus PERANCIS atau buku yang seumpamanya. Di sini mereka kurang menggunakan English. Jadi prepared as much as u can untuk bahasa French. Kalu ada jumpa buku bahasa SWAHILI atau LINGALA lagi bagus. 

g. Porches (jangan terlalu besar) yang boleh isi sekali passport, kad suntikan, dokumen diri yang penting dan duit. Bawa juga wallet yang kecil untuk small money bila keluar ke kedai dan kerja. 


6. Bagage dan Box

Saya cadangkan buat initial bila bertolak dari MALAYSIA, just bawa baju dan keperluan peribadi untuk 2 minggu. Biasanya kotak DHL akan sampai dalam 10 hari paling lama. Jangan bawa barang tajam dan merbahaya dalam flight (hand Lugage) dan jangan overweight. Jangan bawa beg banyak sangat, paling kurang semua sekali jangan lebih dua sebab nanti tak punya masa nak angkat semua barang dan beg in case of evacuation. Kalau boleh bawa satu beg sandang dibahu (backpack), berperanan sebagai 15 kg ‘go bag’ semasa evacuation. 


PERHATIAN:

Itu semua pandangan dan pengalaman saya. Mungkin rakan-rakan seangkatan dengan saya yang pernah pergi misi ni punya pandangan yang berbeza...