Rabu, 10 Oktober 2012

MILOB Preparation (UN Mission)

SENARAI KEPERLUAN YANG PENTING UNTUK DIBAWA BERSAMA
KE SEKTOR/TEAM SITE (MILITARY OBSERVER)


1. Uniform.

Road Patrol

Heli Mission

Crossing River Congo Patrol

UN Medal Parade

a.  Bawa 3 pasang Baju Celoreng (2 pasang untuk kegunaan harian-Road Patrol, Crossing River CONGO Patrol, Heli Mission etc manakala sepasang lagi standby untuk UN Medal Parade dan juga lawatan Sector Commander)

b.  3 X T-shirt inner loreng 

c. 1 X Belt 70 (Beret dan Topi issue tak perlu bawa kerana akan di issue oleh pihak UN semasa Induction Course/Documentation di IVECO, KINSHASA dan juga di Sector) 

d. Sepasang kasut dan ‘kiwi’ secukupnya. 

e. Semua lencana, enblem dan nama dijahit di baju terus. 


2. Pakaian awam


a. 1 X pakaian PT lengkap, kasut sukan. 






b. 3 X sepersalinan sudah mencukupi (Tapi ingat, cukup untuk cover yg sesuai untuk keluar bersantai dan normal party type). Contoh Party yang ada di KINDU (sepanjang saya bertugas di sana): 

Khamis = INDIAN Contingent Hindi Movie
Jumaat = SOUTH AFRICAN Continget Party
Sabtu = HQ Cafeteria Party/BOLIVIAN Contingent Party
Ahad = Sunday Night Movie (Cafe HQ KINDU)
(Termasuk Party pada hari2 yang tidak disebutkan di atas yang di anjurkan oleh MILOB, CIVPOL atau NGO) 

Fuh.. Cerahnya Aku dikalangan mereka.. Ahakss...!

MILOB Party

Uruguayan Party

Lepaking with geng-geng UNV

c. 1 X baju lengan panjang just in case cuaca sejuk. 


d. 1 X kasut jalan merangkap untuk semua acara.

e. Pakaian tidur ikut selera.

f. 2 pasang selipar.

g. ’Pakaian dalam’ ikut selera (Kalau boleh bawa juga ’disposable underware’)


3. Keperluan Peribadi

a. Toiletories secukupnya untuk setahun (Agak-agak la... Macam saya sebuku sabun mandi pakai 2 bulan, syampu sebotol besar tu 4 bulan). 

b. ’Pad’ (Tuala Wanita) budget untuk setahun.

c. Ubat-ubatan perlu di bawa secukupnya terutama panadol (bawa banyak), ubat lawas perut, ubat cirit birit, minyak angin, ’eye mo’ dan vitamin C yg solouble tu (bawa banyak). Yang lain terpulang pada apa biasa diguna. Masalah utama disini ialah malaria (pengalaman saya terlantar di BOLIVIAN Contingent selama 7 hari-5 botol air dan 8 injection) dan demam akibat keadaan cuaca, so be prepared. 

Penangan Malaria.. (Sakit siooottt....)

Lawatan dari Malaysian Senior Officer (Lt Col Toh) dari Kinshasa


d. 1 X Kelambu.

e. 6 X Stokin.

f. 1 X Ponco just in case.

g. 1 X Portable light rechargeable yang ringan dan mudah untuk dibawa (Pengalaman saya tinggal di Team Site yang tiada bekalan elektrik, hanya bergantung kepada generator yang kadang-kala meragam!). 

h. Lilin, ubat nyamuk, tabat (mosquito repellent) dan mancis secukupnya (bawa dalam kotak DHL) 

i. Untuk entertainment bawa CD, Walkman, kaset-kaset, buku cerita atau majalah kegemaran.

j. 1 X Digital Camera atau kamera biasa untuk kegunaan sendiri.

k. Kacamata hitam, cuaca panas dan silau.

l. Clear folder/ fail untuk simpan semua dokumen peribadi.

m. 1 X selimut (tapi kalau deploy ke sector akan diissue sleeping beg)

n. Pen drive/flash disc untuk simpan apa-apa maklumat.

o. Periuk nasi elektrik kecil utk keperluan sendiri (yang soket 2 pin sebab di sini semua French country system), atau worst come to worst mess tin dengan solid fuel (pengalaman saya di Team Site masak guna dapur arang, so kadang-kadang saya masak sendiri bubur nasi segera MALAYSIA dalam mess tin). 



4. Barang Makan

a. Masukkan barang-barang makan ke dalam kotak 100 kg.

b. Milo 3 in 1 tu atau coffee atau yang seumpama dengannya (ikut selera)

c. Maggie (Kalau suka makan)

d. Ration segera yang berlambak di pasaran, just in case tiada makanan yg boleh dimakan, boleh terus ambil dan buka untuk dimakan (Jangan beli dalam tin, beli yg dalam pek, senang bawa dan senang nak buka utk makan) 

e. Coklat, gula-gula atau apa-apa yang ringkas yang boleh dibawa sentiasa untuk kudap-kudapan mulut sendiri. Selain hilangkan stress ianya boleh berperanan sebagai penahan lapar masa-masa kecemasan. 

f. Minyak masak atau beras tak perlu bawa kerana di CONGO ni pun ada walaupun tak serupa (tumpukan untuk bawa barang-barang makan yang disukai untuk survival bila di Team Site. 

g. Kalau stay kat KINSHASA mungkin tak menjadi masalah sangat untuk makan sebab di sana ada Staff Officer dan Rumah MALAYSIA. Kalau deploy ke Sector macam saya akan tinggal dengan orang bukan MALAYSIA (pengalaman saya tinggal bersama team member (BENIN, RUSIA, MALI, KENYA, BURKINA FASO dan ROMANIA) maka perlu bawa barang makan segera ini dengan secukupnya in case tak boleh makan makanan yg sedia ada (pengalaman saya bersama mereka, makan makanan tempatan – ’FUFU’ dan SOMBE’. Mujurlah saya ni jenis yang tak memilih makan). 

Ber 'BBQ' bersama team member




5. MISC

a. Tali rafia atau yang seumpamanya bagi tujuan buat ampaian kain atau gantung kelambu.

b. Buku catitan atau diary untuk catatan apa jua pergerakan atau event. Ini membantu masa nak cx-out nanti dan juga prepared untuk buat report. 

c. Tukul besi dan paku sederhana panjang (Masukkan dalam kotak DHL).

d. Souvenir kecil dari MALAYSIA untuk tukar-tukar koleksi dari negara luar (kalau berminat)

e. Make sure ada AKAUN MAYBANK. Bawa buku simpanan ini dan make sure tahu alamat lengkap bank. Semasa cx-in diperlukan semua info ini untuk mereka transfer elaun ke dalam bank. Guna MAYBANK sebab ada maybank2u.com yang membolehkan buat transaksi online just in case. 

f. Kamus PERANCIS atau buku yang seumpamanya. Di sini mereka kurang menggunakan English. Jadi prepared as much as u can untuk bahasa French. Kalu ada jumpa buku bahasa SWAHILI atau LINGALA lagi bagus. 

g. Porches (jangan terlalu besar) yang boleh isi sekali passport, kad suntikan, dokumen diri yang penting dan duit. Bawa juga wallet yang kecil untuk small money bila keluar ke kedai dan kerja. 


6. Bagage dan Box

Saya cadangkan buat initial bila bertolak dari MALAYSIA, just bawa baju dan keperluan peribadi untuk 2 minggu. Biasanya kotak DHL akan sampai dalam 10 hari paling lama. Jangan bawa barang tajam dan merbahaya dalam flight (hand Lugage) dan jangan overweight. Jangan bawa beg banyak sangat, paling kurang semua sekali jangan lebih dua sebab nanti tak punya masa nak angkat semua barang dan beg in case of evacuation. Kalau boleh bawa satu beg sandang dibahu (backpack), berperanan sebagai 15 kg ‘go bag’ semasa evacuation. 


PERHATIAN:

Itu semua pandangan dan pengalaman saya. Mungkin rakan-rakan seangkatan dengan saya yang pernah pergi misi ni punya pandangan yang berbeza... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan