Sabtu, 8 September 2012

Trip to China (Beijing)

Finally on 14 - 20 April 2012 Aku berkampung kat Beijing, China. Tapi trip kali ni aku amik pakej percutian dengan pototravel (www.pototravel.com.my). Kos pakej percutian pada masa tersebut ialah RM2088 (termasuk penerbangan dua hala (pergi/balik), penginapan, sajian, tourist guide, tiket entrance tempat-tempat lawatan dan lain-lain). Tak perlu fikir apa2 lagi.. Aku cuma membawa duit poket sebanyak RM1,500 sahaja. Itu pun belanja tak habis sebab Aku bukan kaki shopping. Kepada yang kaki shopping dinasihatkan bawak lebih sebab barang-barang di sana murah-murah...!


CATATAN PERJALANAN

Hari 01 (Kuala Lumpur - Hong Kong - Beijing)

Berkumpul di KLIA.
Transit di Hong Kong.
Tiba di Beijing.
Daftar masuk hotel. Bermalam di Beijing.



Bergambar dihadapan hotel penginapan sepanjang berada di Beijing (YH Hotel) 



Hari 02 (Tian’anmen Square - Forbidden City)
Sarapan pagi.
Melawat Tian’anmen Square dan Forbidden City.
Membeli-belah di Silk Center.
Makan tengah hari.
Solat di Masjid tempatan.
Melawat Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China
Membeli-belah di Sunny Gold.
Makan malam dan kembali ke hotel.


Tiananmen Square

Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali sebagai lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa terpenting dalam sejarah Cina. Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana peristiwa Bantahan Dataran Tiananmen 1989. Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100 ekar), menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia. Pintu Tiananmen mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming. Sewaktu kejatuhan Dinasti Ming, pergaduhan besar di antara Li Zicheng dan Maharaja Qing telah merosakkan (atau mungkin memusnahkan) pintu tersebut. Pada tahun 1651 (awal Dinasti
Qing), Pintu Tiananmen dipulihkan dan menjadi salah satu tempat bersejarah.

Bergambar di Tiananmen Square

Forbidden City (Kota Larangan)

Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.

Bergambar di Forbidden City (Kota Larangan)

Di salah sebuah pusat sutera (Beijing Dizhen Silk Products Co. Ltd



Hari 03 (Tembok Besar China)

Sarapan pagi.
Membeli-belah di Jade Center.
Makan tengah hari.
Solat di Masjid tempatan.
Melawat Tembok Besar China.
Singgah di Baofuling.
Membeli-belah di Hard Rock Cafe.
Makan malam dan kembali ke hotel.

Tembok Besar China (China Great Wall)

Tembok Besar China atau Bandar Kota Panjang (Tembok panjang 10,000) merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria. Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Yes.. Berjaya juga aku menakluki Tembok Besar China (China Great Wall)
  
                                      
                                      
Atas: Pintu masuk Hard Rock cafe, Beijing
Bawah: Bergambar di hadapan bangunan Hard Rock Cafe



Hari 04 (Summer Palace)

Sarapan pagi.
Melawat Summer Palace.
Membeli-belah di Fresh Water Pearl Center.
Makan tengah hari.
Solat di Masjid tempatan.
Membeli-belah di Silk Street.
Makan malam.
Melawat The Palace Longest TV dan kembali ke hotel.
Summer Palace

Istana Musim Panas ('Yihe Yuan') terletak di pinggir bandar Beijing,China , kira-kira 15 km mengikut lebuh raya dari ibu kota Beijing. Kawasannya luas ditepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi ). Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, kuil, istana , jambatan gaya China , seni taman, jeti perahu naga , arca kerbau dan lain-lain. Tasik ini meniru rekabentuk [Tasik Barat]] di Hangzhou. Kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998. Asalnya dibina semasa Dinasti Jin (1644-1911) oleh Maharaja Qinlong pada 1749 . Pada 1860 sebahagian bangunan hancur akibat perang Anglo-Perancis 1960 dan Pemberontakan Boxer 1900. Tetapi 1886 dibangunkan semula mengikut arkitektur klasik China dan diberi nama baru 'Yihe Yuan'. Setelah itu Ratu Cixi menetap di sana.

Bergambar di Summer Palace

Di hadapan Fresh Water Pearl Center



Hari 05 (Stadium Olimpik)

Sarapan pagi.
Melawat Stadium Olimpik “Bird Nest Stadium”.
Membeli-belah di Knive Shop.
Makan tengahari
Solat di Masjid Niu Jie.
Membeli-belah di Pasaraya Muslim dan Hong Qiao Market.
Makan malam.
Membeli-belah di Wang Fujing Street dan kembali ke Hotel.
 
Stadium Olimpik (Bird Nest Stadium)


 
Atas: Bergambar di Masjid Nui Jie
Bawah: Menunaikan solat di Masjid Nui Jie


Hari 06 (Panda Zoo - Ya Show Market)
Sarapan pagi.
Melawat ke Panda Zoo.
Makan tengahari.
Solat di Masjid tempatan.
Membeli-belah di Ya Show Market.
Menyaksikan Persembahan Acrobatic.
Makan malam dan kembali ke hotel.




Di salah sebuah tugu di Zoo Panda

Menyaksikan persembahan acrobatic


Hari 07 (Beijing - Hong Kong - Kuala Lumpur)
Sarapan pagi.
Menuju ke lapangan terbang Beijing.
Transit di Hong Kong.
Tiba di Kuala Lumpur.
 ________________________________________________________________________

Nota:
Secara peribadi, Aku betul-betul kagum dengan senibina yang tetap teguh walau berkurun lamanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan