Tanggal 9-17 Okt 2010 dah alang2 dapat tasking mmg kena sgt la dgn aku yg suka mengembara ni. Betul2 punya explorasi kali ni.. Apa tdknya.. Dari Labuan fly ke Tawau then melalui jalan darat ke Semporna-Kota Belud-Kudat-KK dan destinasi akhir tentulah kembali ke Labuan..
CATATAN PERJALANAN
9 Oktober 2010: Labuan - Tawau
- Fly dari Labuan ke Tawau dengan C130
- Bermalam di Tawau.
10 Oktober 2010: Tawau - Semporna (Pulau Sipadan - Pulau Mabul - Pulau Kapalai)
- Sarapan pagi.
- Bergerak ke Pulau Sipadan - Pulau Mabul - Pulau Kapalai dengan menaiki speed boat.
- Bermalam di Tawau.
Pulau Sipadan
Pulau Mabul
Pulau Kapalai
11 Oktober 2010: Tawau - Kota Belud
- Sarapan pagi
- Travel to Kota Belud by road.
- Bermalam di Kota Belud
Hari 13 Oktober 2010: Kota Belud - Kudat
14 Oktober 2010: Kota Belud - Kota Kinabalu
- Bergerak ke Kota Kinabalu
- Bermalam di Tawau.
Kenderaan dikeluarkan dari perut C130 di Lapangan Terbang Tawau
Kat Tawau ada 3 pasar yg mmg dikunjungi bila smpai ke sana; Pasar Basah (hasil laut yang fresh sesangat), Pasar Kering (seperti dlm gambar) dan Pasar Gantung (barang2 tergantung spr baju2, mutiara, pasu 3 beradik dll).
Pemandangan menarik di tepi pantai di Tawau yg sempat aku snap..
10 Oktober 2010: Tawau - Semporna (Pulau Sipadan - Pulau Mabul - Pulau Kapalai)
- Sarapan pagi.
- Bergerak ke Pulau Sipadan - Pulau Mabul - Pulau Kapalai dengan menaiki speed boat.
- Bermalam di Tawau.
Pulau Sipadan
Menaiki speed boat dari Jeti Tawau terus ke Pulau Sipadan
Welcome to Sipadan Island
Ini mercu tanda Pos Pengawal Sipadan
Berkesempatan juga melihat Pusat Penetasan Telur Penyu di Sipadan
Dibelakang tu la Jeti Sipadan
Magsukul Na...
Bangkam Bilahi Atakka Kam Pabalik
(Terjemahan ada pada signboard tu gak hahahahaha)
Pulau Mabul
Haaa... Mendarat di Pulau Mabul lak..
Hmmm... Pantang jumpa signboard!
Sempat gak la menjenguk kedai2 cenderahati kat Pulau Mabul nih.. Semuanya daripada laut. Tp yang pastinya berganda2 punya murah dari harga di tanah besar!
Sempat gak singgah tengok Resort
Ini bapak 'gong' kat Resort di Pulau Mabul tu hahahaha...
Fuh.. Terasa kagum sgt2 sebenarnya bila sampai kat Kapalai nih.. Actually Kapalai ni bukan la Pulau sgt pun. Resort ni dibuat atas beting pasir je..
Punya la jernih air kat Kapalai tu smpaikan boleh nampak hidupan laut macam tu je.. Ni antara yg sempat aku amik la..
Makan kat tgh2 laut ni mmg menyelerakan.. Tambah2 lak free kwek kwek kwek.. Resort ni mmg tempat percutian paling superb la.. Kalu dijadikan tempat honeymoon lg ok. Betul2 dikelilingi air.. Aman.. Tenang... (bg si pencinta alam mcm aku ni la..)
Ni masa nak gerak balik dah ni. Hmm... Sempat lagi terperasan signboard. Bergambar la lagi hehehe...
- Sarapan pagi
- Travel to Kota Belud by road.
- Bermalam di Kota Belud
On the way dari Tawau ke Kota Belud.. Berhenti seketika area Kundasang sebab tgk ada air mencurah2 dicelah2 batu bukit tepi2 jalan tu. Berhenti sebab nak basuk muka. Sejuk giler...!
Melalui Kinabatangan.. Lalu je la sbb mcm tak de apa yg nak dicari kat situ tu..
Ni salah jambatan yg terpaksa dilalui di Kota Belud semasa menuju ke site..
Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu... Pemandangan dari Kota Belud mmg jelas terutama di awal pagi. Waktu ni kalu tak silap dah hampir jam 1100 tu nampak puncak gunung dilitupi awan..
Pasar Tamu Kota Belud siap ngan gerbang lagi.. Selalunya setahun sekali akan diadakan Tamu Besar di Kota Belud nih..
Aku ni mmg minat kumpul benda2 mcm ni.. Benda2 ni aku beli kat Kota Belud sebagai koleksi peribadi. Dari bayonet, parang berukir, parang kembar sampai samurai 3 beradik aku beli sebagai kenangan..
Hari 13 Oktober 2010: Kota Belud - Kudat
Hari bersantai.. Lajak jalan2 ke Kudat. Ni pantai di Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.
Ni batu petanda penghujung Kudat. Kalau tgk peta yg menjulur keluar tu di situ la letaknya batu petanda ni.. Sape2 yg sampai ke sini mmg tak akan melepaskan peluang bergambar disini..
On the way dari Kudat nak balik ke Kota Belud sempat la singgah ke Kota Marudu... Pekan kecik je ala2 pekan koboi gitu..
14 Oktober 2010: Kota Belud - Kota Kinabalu
- Bergerak ke Kota Kinabalu
- Bermalam di Kepayan, KK
Hari 17 Oktober 2010: Kota Kinabalu - Labuan
- Bergerak balik ke Labuan
Sampai kat KK dah lewat.. Terus singgah Pasar Philipine. Berlambak ikan bakar dan segala seafood kat sana..
Hah.. Rambang biji mata nak pilih yang mana.. Tapi mmg tak lepaskan peluang la.. Siap tapau bawak balik lagi tu..
Hari 17 Oktober 2010: Kota Kinabalu - Labuan
- Bergerak balik ke Labuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan