Trip Aku ke Tokyo kali ni seminggu je (29 Okt 2012 hingga 4 Nov 2012). Alhamdulillah semua yang dirancang menjadi kenyataan.. Hanya tiket promosi dari http://www.airasia.com/my/en/home.page berharga RM970 (penerbangan dua hala pergi/balik) Aku sampai menjejak negara matahari terbit ni..
Sebelum2 ni Aku travel kalu tak berdua, mungkin bertiga la.. Tapi kali ni ramai yang follow. So faham-faham la bila dah ramai kepala macam2 ragam la jadinya... Apapun tetap enjoy punya!
Gambar saat2 keriangan di R&R ketika menuju ke Station 5, Mount Fuji
Cuma
nak cerita trip kali ni agak mencabar sikit la start dari apply visa
lagi dah macam2 perkara nak kena prepare. Ni dokumen yang diperlukan untuk apply visa kalu korang nak tau:
1. Passport Antarabangsa.
2. Satu (1) keping gambar berukuran 4.5cm x 4.5cm berlatarbelakang putih.
3. Surat pengesahan majikan dengan “letterhead” syarikat menyatakan tentang jawatan serta jangkamasa perkhidmatan.
a. Sekiranya bekerja sendiri/memiliki syarikat sendiri, perlu disertakan salinan sijil
pendaftaran syarikat.
b. Sekiranya tidak berkerja, perlu disertakan surat pengesahan sendiri menyatakan tentang
nama, hubungan dengan sesiapa yang turut serta dalam rombongan serta segala
perbelanjaan ke Jepun atas tanggungan siapa.
4.
Penyata simpanan bank yang disahkan oleh pihak bank samada akaun
semasa/deposit tetap/Tabung Haji/Amanah Saham Berhad (RM10,000).
5. Salinan sijil nikah (isteri dan suami) dan juga salinan sijil kelahiran (anak).
Senang cerita korang boleh cx sendiri la kat website ni: http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html untuk reference kot2 korang nak ke sana gak suatu hari nanti. Apply visa tak perlu bayaran cuma remeh sgt2 la nak prepare segala dokumen yang diminta tu..
DAY 1
Ikuti hari2 berikutnya perjalanan Aku di sekitar Tokyo dalam blog http://terokadunia.blogspot.com/...
DAY 1
29 Okt 12 - LCCT - Haneda International Airport (Tokyo)
Ketika sampai di Haneda International Airport (Tokyo)
Menuntut ilmu membaca peta 'laluan train' sekitar Tokyo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan