Jumaat, 23 November 2012

Trip to Tokyo (Part 6) - Asakusa

DAY 6

3 Nov 2012 - Asakusa

Seawal pagi bergerak ke Oi Keibajo Mae semata-mata nak tengok diorang punya pasar lambak...



Punya la luas diorang punya pasar lambak ni sebesar 2 padang bola sepak. Puas gila main pusing-pusing cuci mata tengok barang. Kebanyakan barang2 kat sini secondhand tapi superb.. Orang macam Aku ni cuma suka tengok dan cari barang2 yang melibatkan duit2 lama je la..






Lunch untuk hari tersebut cuma Mos Burger (Vegetarian). Ye la.. Mana boleh main order sembarangan..






Sempat gak la singgah Hard Rock Cafe di Ueno Station.. Tapi apa pun tak beli. Bergambar je la sebagai bahan bukti hehehehe...





Ada rasa macam Aku la Maharaja Jepun suatu waktu dulu hehehe... Siap ada pengawal di kiri dan kanan lak tu...



Tengah duk pusing2 Asakusa ni terjumpa apa punya watak cerita.. Memang sporting gila arr.. Diorang ni memang tak malu untuk berfesyen



Kemuncak dan penutup pada hari ke-6 Aku di Jepun sempat la merasa naik Bullet Train atau juga dikenali sebagai Shinkansen. Gila laju.. Patut la dinamakan Bullet Train!

Sabtu, 17 November 2012

Trip to Tokyo (Part 5) - Mount Fuji


DAY 5

2 Nov 2012 - Mount Fuji

Pergerakan ke Mount Fuji ni kitorang sewa Alphard. Superb... Nasib baik dalam tu ada heater. 1st time Aku naik nih.. Pure made in Japan lagi! Fully auto...



Bergambar di salah car park sebuah taman tema roller coaster terpanjang. Tak sempat nak try coz nak berkejar ke Station 5 Mount Fuji..

Gambar salah sebuag public toilet yang Aku singgah. Masuk free.. Bersih lak tu.. Auto lagi! Aku tengok sebijik tanda 'noktah' or 'koma' pun tak de. Kita ada..? Dah la siap kena bayar.. Tandas kotor lak tu.. Siap penuh lukisan dan tulisan! Memang jauh beza dengan kita la.. Huh!


Nampak macam panas tapi waktu ni sejuk mencecah 3 DC... Memang sejuk sangat2! Inilah Station 5, Mount Fuji salah stesen yang menarik untuk melihat Gunung Fuji dengan lebih dekat.




Sini pun ada kedai Mamak (Gabungan India, Pakistan & Nepal). Turun dari 5th Station, Mt Fuji singgah lunch di sini..


Sempat singgah di Lake Kawaguchiko. Mmemang teramat indah..

Ni salah sebuah perkampungan tradisional yang wajib korang pergi sekiranya menjejak kaki ke Mt Fuji. Bayaran masuk Y350 sahaja. Di sini bukan sahaja boleh melihat rumah-rumah lama tetapi korang boleh try pakaian tradisional Jepun dengan bayaran Y500 setiap jenis pakaian. Hasilnya Aku berjaya mencuba pakaian Samurai dan Kimono. Amik kau..!






Sebelum bergerak balik sempat singgah Hard Off di Kawaguchiko.


Selasa, 13 November 2012

Trip to Tokyo (Part 4) - Akihabara

DAY 4

1 Nov 2012 - Akihabara

Kat Shibuya Station punya signboard map. Jangan sampai tersilap naik train.. Kalu tersilap pandai2 la balik semula..

Untuk hari ke-4 tempat pertama Aku gi ialah Yasukuni Shrine. Ianya dibina khusus untuk askar-askar dan pejuang yang gugur ketika berjuang. 




Hingga ke hari ini, Symbolic Registry of Divinities telah menyenaraikan nama pejuang lebih 2,466,000 orang lelaki dan wanita yang berkhidmat dengan empayar Jepun, terutamanya mangsa-mangsa perang.

Disini juga menempatkan Muzium Perang Jepun yang khusus kepada Perang Dunia II. Kalu setakat jalan2 kat ruangan pameran luar tu free je. Tapi dah alang2 sampai Aku masuk dalam la.. Tiket masuk Y800




Sebelum balik sempat la singgah ke Akihabara yang terkenal dengan pusat jualan barangan elektronik dan replika kartun. Kat sini Aku just beli sovernir je kat Akky One International Duty Free. Mahal siot barang2 kat sini tapi puashati sebab kualiti SUPERB!