Selasa, 23 Julai 2013

Trip to Tokyo (Part 7) - Kawasaki


Lamanya Aku tak update blog ni. Maklum la.. Busy apa ntah. So entry kali ni nak sambung cite last day Aku masa kat Tokyo hari tu..


DAY 7


4 Nov 2012 - Kawasaki

Hari last sebelum berangkat balik Malaysia. Sempat lagi jalan-jalan ke Kawasaki..

Ni Asyraf anak Mej Zamri.. Last day baru
sempat bawak dia jalan sama-sama

Nampak tak tulisan kat bangunan tu?
Amik... Berapa tan Ajinamoto mau order? Hahahaha...

Book-Off ni tempat paling best untuk
Aku cuci mata especially ruangan permainan kanak-kanak.
Sesuai sangat la Aku bawak sekali budak Asyraf ni..

Aku tak tau pun apa yang dia tulis.. Tapi pemahaman Aku:
Buang sampah je dikira satu kesalahan besar tuh...


Sempat singgah Freshness Burger. Tu baru mainan Asyraf..
Mainan Aku penuh dalam plastik hitam tuh..


Bergambar bersama Mej Zamri sekeluarga sebelum berangkat pulang


Ni dia senior Aku.. Mej Zamri yang banyak membantu
sepanjang Aku bercuti di Tokyo



Kalu diberi peluang memang Aku nak ke sana lagi. Tokyo is the best place yang Aku pernah gi. Bersih.. Budaya hidup yang bersistematik.. Jujur.. Huh..! Complete la Aku rasakan kat sana tu..

Jumaat, 23 November 2012

Trip to Tokyo (Part 6) - Asakusa

DAY 6

3 Nov 2012 - Asakusa

Seawal pagi bergerak ke Oi Keibajo Mae semata-mata nak tengok diorang punya pasar lambak...



Punya la luas diorang punya pasar lambak ni sebesar 2 padang bola sepak. Puas gila main pusing-pusing cuci mata tengok barang. Kebanyakan barang2 kat sini secondhand tapi superb.. Orang macam Aku ni cuma suka tengok dan cari barang2 yang melibatkan duit2 lama je la..






Lunch untuk hari tersebut cuma Mos Burger (Vegetarian). Ye la.. Mana boleh main order sembarangan..






Sempat gak la singgah Hard Rock Cafe di Ueno Station.. Tapi apa pun tak beli. Bergambar je la sebagai bahan bukti hehehehe...





Ada rasa macam Aku la Maharaja Jepun suatu waktu dulu hehehe... Siap ada pengawal di kiri dan kanan lak tu...



Tengah duk pusing2 Asakusa ni terjumpa apa punya watak cerita.. Memang sporting gila arr.. Diorang ni memang tak malu untuk berfesyen



Kemuncak dan penutup pada hari ke-6 Aku di Jepun sempat la merasa naik Bullet Train atau juga dikenali sebagai Shinkansen. Gila laju.. Patut la dinamakan Bullet Train!

Sabtu, 17 November 2012

Trip to Tokyo (Part 5) - Mount Fuji


DAY 5

2 Nov 2012 - Mount Fuji

Pergerakan ke Mount Fuji ni kitorang sewa Alphard. Superb... Nasib baik dalam tu ada heater. 1st time Aku naik nih.. Pure made in Japan lagi! Fully auto...



Bergambar di salah car park sebuah taman tema roller coaster terpanjang. Tak sempat nak try coz nak berkejar ke Station 5 Mount Fuji..

Gambar salah sebuag public toilet yang Aku singgah. Masuk free.. Bersih lak tu.. Auto lagi! Aku tengok sebijik tanda 'noktah' or 'koma' pun tak de. Kita ada..? Dah la siap kena bayar.. Tandas kotor lak tu.. Siap penuh lukisan dan tulisan! Memang jauh beza dengan kita la.. Huh!


Nampak macam panas tapi waktu ni sejuk mencecah 3 DC... Memang sejuk sangat2! Inilah Station 5, Mount Fuji salah stesen yang menarik untuk melihat Gunung Fuji dengan lebih dekat.




Sini pun ada kedai Mamak (Gabungan India, Pakistan & Nepal). Turun dari 5th Station, Mt Fuji singgah lunch di sini..


Sempat singgah di Lake Kawaguchiko. Mmemang teramat indah..

Ni salah sebuah perkampungan tradisional yang wajib korang pergi sekiranya menjejak kaki ke Mt Fuji. Bayaran masuk Y350 sahaja. Di sini bukan sahaja boleh melihat rumah-rumah lama tetapi korang boleh try pakaian tradisional Jepun dengan bayaran Y500 setiap jenis pakaian. Hasilnya Aku berjaya mencuba pakaian Samurai dan Kimono. Amik kau..!






Sebelum bergerak balik sempat singgah Hard Off di Kawaguchiko.