Jumaat, 31 Ogos 2012

Golden Triangle Tour (Delhi-Jaipur-Agra)

Aku telah berjaya melancong ke India pada 15 - 22 April 2012. Maklumat di bawah tepat pada waktu tersebut..



India terletak di Asia Selatan. (Peta ihsan www.maps.com)

CATATAN PERJALANAN

Berikut adalah butiran perjalanan Aku di sana:

- Pergerakan pergi berlepas dari Kuala Lumpur pada 15 Feb 2012 jam 0950H dan tiba di New Delhi pada hari yang sama pada jam 1300H (waktu tempatan).

- Pergerakan balik berlepas dari New Delhi pada 22 Feb 2012 jam 1410H (waktu tempatan) dan tiba di Kuala Lumpur pada hari yang sama jam 2210H.

Kos penerbangan dua hala (pergi/balik) penulis pada waktu tersebut ialah RM1,129.24 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Satu Ratus Dua Puluh Sembilan dan Sen Dua Puluh Empat Sahaja)

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI INDIA (DELHI-JAIPUR-AGRA)

Antara tempat menarik yang sempat Aku lawati sepanjang percutian ini ialah:

New Delhi

Semasa di Delhi, Aku menginap di De Holiday International Hotel selama 2 malam. Antara tempat-tempat menarik yang sempat Aku lawati di Delhi ialah Red Fort, Jama Masjid, Rajghat, Gandhi Museum, Kotla Ferozshah, India Gate, Qutab Minar, Embassy Area, Teen Murti, President House, Parliament House, Birla Mandir dan Lotus Temple.




De Holiday International Hotel tempat Aku menginap di Delhi.

Aku bergambar bersama kawan-kawan di India Gate.

Dibelakang Aku tu ialah Lotus Temple. Bergambar kat luar je.. Tak masuk sampai ke dalam pun..

Di hadapan gate President House.

Bergambar di Qutub Minar. Panuh dengan sejarah dan keunikan..

Inilah yang dinamakan Teen Murti.

Aku bergambar bersama rakan dihadapan Laxmi Narayan Mandir.

Jaipur

Aku menyewa kenderaan untuk bergerak ke Jaipur dengan jarak 268km dari Delhi. Jaipur juga dikenali sebagai Pink City. Di sini Aku menginap di Sajjan Niwas (Heritage Home) selama 2 malam. Antara tempat-tempat menarik yang sempat Aku lawati antaranya City Palace, Amber Fort, Hawa Mahal, Central Museum dan Chandra Mahal. Antara aktiviti yang tidak dilepaskan ialah menikmati malam yang dilimpahi lampu di City Palace, menunggang unta, menunggang gajah, puppet show dan snake charmer.




 
Gambar atas: City Palace pada waktu siang.
Gambar bawah: City Palace pada waktu malam.


Bergambar dihadapan Hawa Mahal.

Di salah sebuah museum di Jaipur.

Harga kain sari di Jaipur jauh lebih murah dari Delhi dan juga Agra
disamping kualitinya yang memuaskan.

Antara aktiviti-aktiviti Aku ketika berada di Jaipur.

Agra

Kalu pergi India tak sampai ke sini memang rugi sebab di sinilah terletaknya satu antara tujuh keajaiban dunia iaitu Taj Mahal. Jarak perjalanan dari Jaipur ke Agra lebih kurang 232km. Semasa dalam perjalanan Aku dari Jaipur ke Agra, sempat juga la singgah melawat Fatehpur Sikhri yang dibina semasa zaman kegemilangan Akhbar Khan. Di Agra Aku menginap di MHouse Hotel selama 2 malam. Selain dari Taj Mahal, Aku juga turut melawat Agra Fort dan kawasan sekitarnya. Aku meneruskan perjalanan dari Agra ke Delhi sejauh 203km setelah selesai pengembaraan.




Hotel dimana Aku menginap semasa di Agra.

Gambar atas: Kereta yang Aku sewasepanjang Golden Triangle Tour (Rs. 11,000).
Gambar bawah: Bergambar bersama Mr Anuj (driver merangkap tourist guide).

On the way dari Jaipur ke Agra.

Bersama rakan-rakan sempat singgah melawat
salah satu tempat pelancongan iaitu Fatehpur Sikhri.


Aku di Agra Fort.

 
Gambar-gambar Aku di Taj Mahal.

 ________________________________________________________________________
Nota:
Secara peribadi, Aku suka Jaipur dan Agra sebab suasana dan pemandangan yang sangat cantik. India... Namaste!